sup bayam telur chinese style

Sup bayam telur chinese style ini nampak sedap dan membuka selera. Tak menggunakan banyak bahan dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN
1 biji telur Century
1 biji telur Masin
RM1.00 Bayam
1 biji telur – ambil putihnya
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil garam
Secubit ikan bilis
20 gm ikan bilis (direbus bersama semangkuk air dan rebus hingga menjadi stok)

CARA:
1.Masukkan stok ikan bilis tadi ke dalam periuk dan masak hingga mengGelegak. Hancurkan telur century dan telur masin tadi dalam periuk.
2.Kemudian masukkan bayam.
3.Masukkan putih telur. Rasa kuahnya dan baru masukkan garam dan lada putih.
4.Akhir sekali tabur ikan bilis diatas sup bayam tadi.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi