[VIDEO]#beraskitabeli. Ini pesanan padu Norshida Ibrahim

0
74

Tanda pagar #beraskitabeli. Ciri-ciri dominan si lelaki dalam menunjukkan kekuasaan dalam membuat keputusan. Namun selepas beras dibeli, apa pula langkah seterusnya?

Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim, ‘beli beras’ merupakan peranan lelaki sebagai ketua keluarga dalam menyediakan keperluan asas dan dianggap sebagai satu signal yang tidak bagus untuk gender andai terus dibangkitkan.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita tidak boleh melihat bahawa kita mampu berdiri sendiri. Lelaki dan wanita harus bergandingan bahu. Peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan memang dia yang kena beli. Kalau wanita yang beli, maknanya dia kena jadi perempuan.

“Sebenarnya ia bukan satu signal yang bagus kerana ia lebih kepada buli wanita. Kalau mereka kata mereka beli beras dan mereka yang masak, tak apa. Maknanya mereka telah menyediakan keperluan dan kaum wanita yang akan lengkapkannya.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Lelaki dan wanita harus bekerjasama. Untuk membentuk organisasi juga kita harus bersama. Jika dilihat daripada sudut kepimpinan, wanita harus diberi peranan kerana setiap orang punya kelebihan masing-masing.

“Kekuatan wanita dalam pelbagai aspek sebagai ibu dan guru, dan semuanya bermula daripada asas. Bukannya mahu kesaksamaan, namun kita perlukan penglibatan untuk bersama-sama membentuk masyarakat dan negara,” jelasnya kepada Wanita.

Ikuti temubual eksklusif Datuk Norshida Ibrahim bersama Wanita.