Mereka merupakan adik beradik. Sebelum ini mereka berdua merupakan Barber (tukang gunting rambut). Penglibatan memproses sabun sendiri, merupakan cubaan selepas melihat pelanggan mereka ada masalah kulit kepala. Dari situlah mereka beralih bisnes dengan menghasilkan produk sabun atas jenama Seventh Son’s.
Hasilnya, produk itu kini mendapat pasaran yang baik, khusus kepada mereka yang mempunyai masalah kulit. Walaupun menerima pelbagai cabaran dan pernah berputus asa, mereka tidak patah semangat sebaliknya program latihan yang disertai termasuklah Penjana HRDF, membolehkan mereka terus bangkit untuk merancakkan bisnes ini.
Ahmad As’ad Ahmad Izhar dan Muhammad Ahmad Izhar mahu memberi yang terbaik untuk pelanggan mereka. Saksikan Permata Usahawan bersama pemilik dan pengasas produk sabun organic, Seventh Son’s ini.
Artikel berkaitan: [VIDEO] GHADEEZ jenama stailo remaja dari Aina dan Aini | Permata Usahawan ep.6
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.