Peperangan demi peperangan yang berlaku di akhir zaman nanti adalah sebahagian daripada sepuluh tanda besar kiamat. Mengikut rentetan peperangan yang telah dikaji oleh Syaikh Amin Muhammad Jamaluddin, mula-mula wujudnya perang besar antara orang Islam dan kafir yang disebut Armageddon (mengikut istilah Barat) begitu kata Mohd Khafidz Soroni, pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Manakala menurut istilah hadis, ia disebut huru-hara besar yang banyak berlaku pembunuhan. Apabila berlaku banyak huru-hara di kalangan umat Islam maka barulah muncul Imam Mahdi. Maka imam itulah yang akan menyatukan umat Islam.
Di bawah pimpinannya akan berlaku peperangan besar melawan Rom iaitu menentang Amerika Syarikat dan Eropah. Imam Mahdi juga akan memimpin tentera Islam untuk berperang dengan Jazirah Arab (memerangi seorang lelaki).
Kemudian peperangan dengan Parsi (Iran) iaitu puak Syiah. Di Iran sekarang ini sedang dijalankan penghapusan etnik ibaratnya atau secara jelasnya mereka akan menghapuskan puak sunni.
Penghapusan Sunni
Dari segi sejarahnya mereka akan menghapuskan orang sunni. Sebenarnya apa yang dilakukan oleh presidennya hanya lakonan semata, mereka sebenarnya menyokong Amerika Syarikat. Contohnya seperti yang berlaku kepada Syria sekarang ini, apabila Iran mendapat tahu bawa Bashar adalah orang Syiah mereka membekalkan senjata dan tentera untuk membantai rakyat Syria.
Sebenarnya memerang Syiah bukan memerangi orang kafir, sebaliknya mereka adalah orang Islam tetapi berpegang kepada bidaah tertentu yang mengelirukan orang ramai. Malah Syiah juga tidak termasuk di dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Syiah memang anti sunni, pemerintahan Iran tidak halang orang Yahudi membina rumah ibadat, begitu juga menggalakkan orang Kristian membina gereja. Tapi apabila orang sunni hendak membina masjid maka ia akan dihalang.
Sekarang, masalahnya orang Yahudi menggunakan Syiah untuk membantai orang Islam sendiri. Orang Syiah menjadi boneka bagi orang Yahudi dan Kristian. Orang Islam itu akan pecah dari dalam yang disebabkan oleh pengaruh Syiah.
Antara orang sunni dan Syiah ini memang tidak boleh bertemu jika ada pun titik pertemuan hanya di dalam al-Quran saja. Namun, itu pun boleh diragui kerana dipercayai Syiah ada al-Qurannya sendiri.
Dari Nafi bin Uyaimah bahawa Rasulullah bersabda,
“Kamu sekalian akan menyerbu Jazirah Arab, sehingga ia ditakluki oleh Allah. Kemudian (kamu menyerbu) Parsi sampai negeri itu ditakluki Allah. Kemudian kamu menyerbu pula Rom sampai negeri itu ditakluki Allah. kemudian kamu menyerbu Dajjal sampai ia ditakluki Allah.” HR Muslim
Memerangi Yakjuj dan Makjuj
Menurut Mohd. Khafidz, setelah berperang dengan negara Arab, Parsi dan bangsa Rom barulah munculnya Dajjal yang mana dia akan dibunuh oleh Nabi Isa. Apabila Dajjal mati barulah orang Yahudi ini lemah. Orang Yahudi kuat kerana adanya Dajjal. Ketika itu barulah orang Islam berjaya mengalahkan orang Yahudi.
Apabila Yahudi kalah maka tentera Islam akan memerangi bangsa Turk. Selepas tewaskan bangsa Turk barulah muncul Yakjuj Makjuj. Mereka adalah satu bangsa yang sangat kuat sehinggakan Nabi Isa pun tidak mempunyai kekuatan untuk mengalahkannya.

Saat itu adalah masa yang paling getir sekali sehinggakan orang Islam berhimpun di satu kota hanya bertahan saja dan tidak boleh melawan. Sehinggalah Nabi Isa berdoa agar Allah hapuskan Yakjuj dan Makjuj maka dihantar satu penyakit di kalangan bangsa tersebut.
Mereka adalah bangsa yang berasal dari manusia yang kuat dan bahaya. Setiap yang ditempohi akan dimusnahkan dan setelah mereka mati barulah aman.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
“Demi Allah yang menggenggam jiwaku tidak lama lagi Isa putera Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan membatalkan ufti. Dan (waktu itu) harta melimpah ruah sehingga tidak ada seorang pun yang mahu menerima (zakat)nya dan sehingga sekali sujud nilainya lebih baik daripada dunia seisinya.” (HR Bukhari).
Jelasnya, sebelum kedatangan nabi Isa, orang Kristian sangat kuat, boleh minum arak dan makan babi. Apabila Nabi Isa turun, dia akan membunuh babi dan memusnahkan salib. Ketika itu orang Kristian sudah lemah. Kemudian barulah terbitnya matahari dari Barat.
Inilah batas habisnya orang Islam. Allah hantarkan satu asap apabila dihidu oleh orang Islam maka semuanya mati. Yang tinggal hanya orang jahat dan kafir. Ketika itu sudah tidak diterima taubat. Kedahsyatan kiamat itu tidak dirasakan oleh orang beriman.
Medan peperangan?
Semua huru-hara yang berlaku bermula di Timur Tengah namun bukan bermakna kita yang berada di sebelah Asia Tenggara tidak akan mengalaminya. Di dalam hal itu pula, Mohd. Khafidz, mengingatkan bahawa Dajjal ada kenderaan yang amat hebat.

Dalam masa satu hari Dajjal boleh menjelajah ke seluruh tempat, ia termasuklah Malaysia dan negara-negara di sebelah Asia Tenggara. Sebagaimana yang disebut di dalam hadis bahawa Dajjal akan pergi kesemua tempat kecuali dua saja yang tidak dilalui iaitu Mekah dan Madinah.
Untuk pertanyaan itu, dia menjelaskan dengan ringkas, kerana di Timur Tengah berdirinya negara Israel. Dan, negara Israel itu ibarat bom jangka yang bila-bila masa saja akan meletup. Ia adalah pencetus segala peperangan besar. Walaupun negara itu telah membentengi negaranya dengan senjata nuklear dan bom namun bukan bermakanan ia akan terselamat.
Dilaporkan juga bahawa senjata nuklear di negara tersebut adalah paling banyak ketika ini. Senjata nuklear yang disangka menjadi penyelamatnya itulah nanti yang menjadi punca peperangan besar. Bila? Tunggulah masanya akan tiba. Wallahu a’lam
Artikel Berkaitan: Siri 1: awas berhati-hatilah dengan bangsa Rom dan Siri 2: kerana ciri-ciri inilah baginda s.a.w sebut bangsa rom menjadi bangsa terkuat dan teramai berbanding umat islam
_________________________________
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram