Risau badan anda gemuk, banyak lemak? Sabar, cuba baca kisah di bawah ini dahulu…

🌸Danny Ross, seorang lelaki dengan berat lebih 100 kilogram. Pada Oktober 2012, bekas penganalisis komputer ini sedang menonton televisyen di pangsapurinya di London apabila seorang lelaki tiba-tiba menceroboh masuk ke rumahnya. Danny diserang, leher dijerut dengan tali pinggang hingga tidak sedarkan diri. Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut menikam tubuh Danny bertubi-tubi.  Keadaan Danny amat parah dengan kesan 38 tikaman. Namun, Danny berjaya sembuh dengan 70 jahitan. Kata doktor, berat badannya yang berlebihan telah membantu menyelamatkan nyawanya.

🌸Lain pula kisah wanita bernama Ulanda Williams. Sewaktu sedang berjalan di Manhattan pada Januari 2013, hujan turun lebat. Ulanda Williams, seorang wanita dengan berat hampit 200 kilogram segera mencari tempat berteduh di pinggir jalan. Tiba-tiba tempat dia berpijak itu runtuh. Ulanda jatuh terperosok sedalam tujuh kaki. Petugas keselamatan terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengeluarkan Ulanda kerana saiz badannya yang besar. Wanita ini hanya patah tulang lengan dan mengalami kecederaan ringan. Tubuhnya yang besar menjadi sebab dia selamat dalam kejadian itu. Jika tubuhnya kurus, Ulanda mungkin akan jatuh lebih jauh ke dalam, bahkan mungkin tertimbus.

🌸Russell Kimble, lelaki berusia 39 tahun dari England dengan berat hampir 180 kilogram. Pada Ogos 2013, nyawanya hampir melayang apabila diserang parasit pemakan daging. Doktor terpaksa meletakkan Russell dalam keadaan koma selama 9 hari. Sepanjang tempoh itu, 20 pembedahan dijalankan bagi membuang berkilo-kilo daging yang telah dicemari bakteria pada tubuh Russell. Kebanyakannya daripada bahagian pangkal paha hingga ke perut, termasuk bahagian belakang. Mujurlah tubuh Russell kaya dengan lemak kerana itulah yang membantu memperlahankan parasit pembunuh itu daripada masuk terlalu jauh ke dalam badannya. Disebabkan itu, nyawa Russell dapat diselamatkan.

🌸Omar Alegria Campos, seorang pemandu bas di Santiago, Chile. Pada Januari 2012, seorang perompak bersenjatakan pistol masuk ke dalam bas dan cuba merompak penumpang. Alegria bertindak berani dengan memberhentikan bas lalu menyerang perompak itu. Perompak tersebut sempat melepaskan dua das tembakan. Yang pertama meleset, terkena cermin bas. Manakala tembakan kedua mengenai tepat perut Alegria.  Walaupun cedera ditembak, Alegria melompat ke arah perompak itu untuk mengelakkannya daripada melarikan diri sehingga polis berjaya menangkapnya. Algeria dibawa ke hospital. Tembakan itu tidak mendatangkan kecederaan serius. Tahu kenapa? Kerana lemak yang banyak berkumpul di perut Alegria telah menyelamatkan organ dalamannya daripada dicederakan peluru tersebut.

Dah baca kisah di atas? Macam mana, rasa bertuah tak jadi gemuk? Tapi ingat, penyakit jantung, kolesterol, kencing manis dan sebagainya tetap mengejar tau, hehehe…

________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.