Uqasha Senrose sudah dirisik Kamal Adli

0
1334
raysha rizrose

PELAKON Uqasha Senrose sudah dirisik oleh kekasih hatinya yang juga seorang pelakon, Kamal Adli dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel, hari ini.

Khabar gembira itu disahkan oleh adik Uqasha iaitu pelakon Raysha Rizrose seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro.

Raysha ketika dihubungi, akui sebak dan dalam masa sama gembira apabila kakaknya bakal melangkah ke alam perkahwinan.

“Kamal bersama ibu bapa dan keluarganya baru datang merisik. Belum bertunang lagi. Sebagai adik, alhamdulillah, satu langkah sudah selesai.

“Sebelum ini hanya persiapan saja, apabila sudah merisik dan bakal ke fasa seterusnya, sudah tentu membuatkan saya sebak dan dalam masa sama gembira.

“Harapnya semua yang dirancang berjalan lancar. Mereka buat banyak majlis nanti, jadi kami siap sedialah akan sibuk,” katanya.

kamal adli uqasha senrose
Kamal dan Uqasha akan disatukan sebagai pasangan suami isteri tidak lama lagi

Sebelum ini menerusi laporan URTV, Uqasha,29, dan Kamal,35, berkongsi mengenai perancangan mereka yang akan bernikah di sebuah pusat peranginan tanah tinggi pada tahun ini.

Malah, mereka juga bakal diraikan dalam tiga buah majlis yang pastinya akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.