“Paling sedih part dia kata dia tak boleh bonding dengan anak,” – Luahan Sakinah buka mata netizen

0
149

“Don’t judge a book by its cover.” Kata-kata yang sering diperdengarkan agar tidak terlalu menilai hanya daripada luaran. Penampilan seringkali menipu otak dalam membuat penilaian. Kan?

Perkongsian Nurul Azzura akan pendedahan Sharifah Sakinah menerusi sebuah program baru-baru ini membuka mata netizen agar tidak terus menjatuhkan hukum tanpa penilaian yang adil.

Kondisi yang dihadapi Sakinah sehingga menyukarkannya menjalin hubungan dengan anak sendiri cukup menyentap jiwa, namun dihadapi dengan penuh matang.

“Sedih tengok video ni. Anyway, I like that Sakinah focused on her issue instead of blaming others. Dia takda cakap buruk pasal ex-husband dia. Sebab in fact, ex-husband yg bawa jumpa pakar psikiatri sampai dia dapat diagnosis ADHD dan dia kata dia lega sebab at last dia tahu kenapa dia macam tu. And dia pun kata the diagnosis bukan tiket utk dia buat macam-macam instead it makes her more cautious with her actions.

“Paling sedih part dia kata dia tak boleh bonding dengan anak dia. I cried part ni. Can’t imagine how she feels. Dia cerita dia pegang anak dia, anak dia jatuh. Dia cuba masak, dapur terbakar (neurological problem). The only thing she can provide is financially. Even nk peluk anak dia pun rasa awkward. Sedihhhh.

“Pastu dia selalu rasa dia bad mom bila tengok artis lain jaga anak elok je. Boleh suap makan, masakkan utk anak, but she can’t. Main sekejap 5 minit dgn anak, dia dah rasa bosan (mak-mak ni bila compare diri dgn orang lain mmg rasa sangat insecure and sedih)

“Mujur ex-husband memang do his best. Ex-husband yg byk jaga anak. I guess if there is one valuable thing I learnt from this video, it’s ihsan. I nampak sikap ihsan dia and ex-husband dia. Even though dorang takda jodoh, they don’t talk bad about each other (cerai pun cara baik).

“It’s just that her situation yang jadi antara punca tak boleh lagi go on dgn marriage. But ex-husband is responsible dengan anak dorang. This is how it should be kan. Good interview untuk masyarakat lebih faham tentang neurological disorder.”

Sumber : Nurul Azzura