nasi goreng kencur

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi goreng kencur yang dikongsikan oleh Salami Simon ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
2 cawan nasi putih
5 helai daun kencur – hiris halus
1 papan petai – ambil isi
7 biji cili padi – hiris
½ cawan ikan bilis goreng
2 sudu besar minyak

BAHAN TUMBUK
3 biji isi kencur
1 tangkai cili merah – buang biji
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm belacan
Garam

CARA
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
2.Masukkan nasi dan gaul sebati.
3.Masukkan pula cili padi, petai, ikan bilis dan hirisan daun kencur.
4.Kacau rata sehingga petai dan daun kencur berubah warna.
5.Perasakan dengan garam. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Foto & Resepi: Salami Simon

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi