gadis berhijab kuda
Nicekk dalam tangkap layar video tular (kanan) yang berjaya mengawal seekor kuda meragam ketika dilatih.

Di sebalik wajah putih gebu dan susuk badan tinggi lampai, siapa sangka seorang gadis berhijab mampu menjinakkan kuda liar walaupun baru berusia 19 tahun.

Si cantik dikenali Nicekk ini menjadi tumpuan selepas video pendek TikTok dirinya menunggang seekor kuda untuk dilatih telah ditonton lebih sejuta kali.

Rata-rata netizen menyifatkan dirinya sebagai seorang penunggang profesional.

“This girl is a pro! This horse is skittish and unsafe for normal ride. Only the bravest can handle this types of horses,” ujar salah seorang pengguna, @formula1merc.

Nicekk atau nama sebenarnya Waniliyana Zawawi, yang berasal dari Kuala Terengganu ini hanya mula berjinak-jinak dalam bidang ini tiga tahun lalu, ketika itu baru berusia 16 tahun.

@niecekkkk

🤎🤎🤎

♬ bunyi asal – Cekk

Katanya, ketika itu jugalah merupakan pertama kali dia menunggang seekor kuda dalam hidupnya dan tidak menyangka sama sekali akan jatuh cinta dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang ini sebagai pelatih haiwan tersebut.

“Ini kerja full time dari pagi sampai malam.

“Saya akan bagi makan kuda, latih kuda, mandikan kuda,” katanya kepada UtusanTV.

Anak kelima daripada tujuh adik beradik ini, menjadi tumpuan warganet selepas menunjukkan kemahiran mengawal kuda yang dilatih dengan baik ketika menunggang haiwan tersebut bagi tujuan melatihnya.

Baca artikel: ‘Angkat tong gas pun boleh, inikan awak’ – Gadis comel bikin kaum Adam ‘panas’

Biarpun kuda tersebut meragam, Nicekk langsung tidak menunjukkan tanda panik, dan dengan tenang mengawal tanpa sebarang masalah.

Katanya ketika itu, dia sedang melatih kuda tersebut dengan menunggangnya sebelum dilatih untuk membawa kereta kuda.

“Kuda tersebut masih kecil dan agak liar, jadi kerja saya adalah untuk melatih kuda tersebut membiasakan dirinya untuk ditunggang,” ujarnya.

Tambahnya, kuda yang paling disukainya adalah jenis stallion atau kuda jantan disebabkan sifat agresif haiwan tersebut.

“So mencabar bila nak tunggang, suka sebab stallion kebiasaannya akan lebih teruja untuk ditunggang”.

Wani turut menjelaskan bahawa beliau melibatkan dirinya dalam aktiviti menunggang kuda sejak tiga tahun lepas dan mengakui masih lagi baharu dalam aktiviti ini.

“Minat saya terhadap kudasejak saya kecil lagi. Saya suka tengok kuda dan sentiasa mengimpikan untuk menunggang kuda suatu hari nanti,” katanya.

Impian Wani menjadi kenyataan apabila dirinya diterima untuk bekerja dengan pemilik kandang kuda di Pantai Teluk Ketapang dan mula mempelajari teknik menunggang kuda daripada majikannya sendiri.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram