nadia brian

KEMELUT rumah tangga yang berlaku sebelum ini akhirnya menemui titik noktah apabila pelakon Nadia Brian mengesahkan suami, Muizz Nasruddin sudah menceraikannya dengan talak satu pada Sabtu lalu.

Menurut Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi,31, penceraian telah dilafazkan di luar mahkamah.

“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.20 malam.

“Penceraian kami dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta oleh bekas suami.

“Alhamdullilah segalanya sudah selesai, dan ya saya okey sahaja ketika ini,” katanya.

Sebelum ini, isu keretakan rumah tangga pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri ini hangat diperkatakan sejak Oktober tahun lalu dan lebih perit lagi apabila dia didakwa telah berlaku curang dengan lelaki lain.

Difahamkan juga, Muizz telah memfailkan penceraian pada 14 Disember lalu dan ia turut disahkan oleh Nadia berhubung isu tersebut.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN: