Penampilan Vs Kepimpinan. Ini komen Norshida Ibrahim

0
24
Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tidak menafikan penampilan mempengaruhi persepsi rakyat terhadap potensi kepimpinan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim punya pandangan tersendiri.

Jelasnya pemimpin harus mempunyai ketrampilan yang menarik kerana mereka sentiasa menjadi tumpuan rakyat dan lensa media, namun ia bergantung kepada situasi dan lokasi.

“Saya anggap penampilan memang penting kerana ia menonjolkan imej dan personaliti. Penampilan yang menarik perlulah seiring dan setaraf dengan kerja. Kerja kenalah bagus. Cantik pun tak berguna jika tak pandai buat kerja.

“Dalam masa yang sama, kita perlu ada gerak kerja untuk rakyat. Selalu mereka katakan pemimpin kena ada pakej, namun bagi saya, kena pandai buat kerja juga. Jika tidak perform, ia hanya merugikan rakyat,” jelasnya kepada UtusanTV.

Ikuti temubual eksklusif bersama Datuk Norshida Ibrahim.