10 super food yang buat anda tampak menarik!

0
30

Tak susah pun untuk kelihatan menarik, apa yang penting ialah mengamalkan rutin secara berdisiplin. Ini antara 10 super food yang boleh diamalkan agar anda kelihatan lebih menarik daripada biasa.

1. Dark chocolate

Dark chocolate membantu melembapkan kulit, mengurangkan kemerahan dan masalah kulit kasar sepertimana menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal kesihatan oleh professor Ian MacDonald dari University Nottingham. Sebatian koko yang terdapat di dalam coklat membantu masalah depresi, keletihan dan kesan penuaan.

2. Berries

Kebanyakan buah berry seperti blackberries, strawberries, rasberries, gooseberries dan cranberries tinggi dengan kandungan antioksidan, vitamin C dan B6. Ia membantu penghasilan kolagen menjadikan kulit kekal lembut tanpa kedut atau garis halus selain melindungi kulit dari penuaan dan membantu melawan radikal bebas.

3. Delima

Sebab utama mengapa delima sering digunakan dalam banyak produk penjagaan kulit adalah kerana jusnya yang mampu menguatkan kulit dan rambut serta melindungi sinar UV yang berupaya mempercepatkan proses penuaan.

4. Bayam

Bayam, brokoli dan lain-lain sayur berwarna hijau sangat tinggi dengan antioksidan. Kandungan lutien yang terkandung dalam sayuran jenis ini berupaya melonjakkan hidrasi dan keanjalan kulit. Ia juga tinggi dengan kandungan alpha lipoic yang melindungi sel kulit dari radikal bebas.

5. Prunes

Buah prune kaya dengan flavonoids dan antioksidan yang melawan radikal bebas yang mampu merosakkan kulit.

6. Brokoli

Brokoli dan sayuran hijau lain berupaya mengurangkan gelap bawah mata kerana ia tinggi dengan kandungan vitamin K.

7. Makanan berwarna kuning dan oren

Makanan berwarna kuning dan oren seperti labu, keledek, lobak, apricot, mangga, kuning telur, cili kuning dan oren tinggi kandungan beta-karotin. Ia membantu mengurangkan masalah kulit kering, menjadikan kulit licin dan lembut selain melindungi kulit dari kerosakan disebabkan sinaran matahari. Makanan berwarna kuning dan oren juga tinggi dengan vitamin A.

8. Buah-buahan citrus

Semua buah-buahan bercitrus seperti oren, limau gedang, lemon dan limau nipis tinggi dengan vitamin C yang membantu menghasilkan kolagen dan protein. Nanas juga kaya dengan vitamin C.

9. Telur

Glycine, lycine dan proline adalah asid amino yang terdapat di dalam telur yang mana ia membantu menentang kedutan. Ia juga berkuasa menghasilkan elastin dan kolagen yang melicin dan menyerikan kulit.

10. Ikan

Ikan seperti salmon, sardin, tuna, kembung dan trout tinggi dengan khasiat lemak omega 3 yang membantu mengurangkan keradangan akibat radikal bebas. Omega 3 yang diperolehi daripada ikan membantu melembab dan menganjalkan kulit serta menghalang kedutan. Ia juga menjadikan rambut lebih bersinar.