Resipi ayam goreng serai bersusu…sedap sehingga menjilat jari

0
776

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi ayam goreng serai bersusu yang dikongsikan oleh cef Amer Hamzah ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN
600 gm kepak / paha ayam – potong kecil
3 sudu besar marjerin
4 ulas bawang putih – cincang
2 tangkai daun kari
10 tangkai cili padi – hiris kecil
3 batang serai – hiris halus
2 cawan susu cair
2 sudu besar air
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk pati ayam
½ sudu kecil garam

BAHAN PERAP
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA
1.Gaul ayam dengan semua bahan perap. Biarkan selama 15 minit.
2.Goreng ayam selama 8 minit hingga kekuningan, angkat dan tuskan.
3.Panaskan marjerin, tumis bawang putih, daun kari, cili padi dan serai. Kacau sebentar.
4.Masukkan susu cair, air dan perasa ke dalam kuali , didihkan sebentar.
5.Masukkan ayam goreng tadi, kacau selama 5 minit hingga sebati.
6.Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi