Ini politik jahat, jijik mahu hancurkan UMNO–Ahmad Zahid

0
91


‘’Ini merupakan percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.’’

Itulah reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berikutan tersebarnya rakaman mirip suara beliau berbual dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak malam tadi.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, beliau amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio itu.

‘’Saya menafikan sekerasnya-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam auio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,’’ katanya.

Melalui rakaman mirip suara beliau dan Anwar itu, mereka berbual-bual mengenai ucapan penggulungan Ahmad Zahid di perhimpunan agung tersebut. Antara isi kandungan ‘Anwar’ memuji ucapan ‘Ahmad Zahid’.

Penyebaran video itu berlaku ketika Ahmad Zahid mula menerima desakan untuk meletakkan jawatan daripada dalam parti itu sendiri.

Terbaru, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Ahmad Zahid perlu mengundur diri dan membenarkan orang lain memimpin parti itu dan Barisan Nasional (BN).

‘’Selagi dia ada, UMNO tidak akan dilihat sebagai parti yang bersih kerana perbicaraannya. Sekiranya Ahmad Zahid berundur, ia tidak akan menimbulkan masalah mengenaio siapa yang harus memimpin parti kerana kita (UMNO) hanya mengikut hierarki. Tok Mat (Timbaln Presiden UMNO Mohamad Hasan) ambil alih,’’ katanya seperti dilapor FMT.

Ahmad Zahid juga melalui kenyataan penafian tersebut percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti itu akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

‘’Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskn oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.

‘’Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakuakn untuk mengenal pasto dalang ‘scheme of thing’,’’ katanya.

Bagaimanapun setakat ini Anwar belum membuat sebarang kenyataan berhubung penyebaran rakaman audio tersebut.