Syatilla Melvin keguguran lagi, reda belum rezeki

0
808
samtilla

KEINGINAN pelakon Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika kandungannya berusia lapan minggu.

Menerusi laporan Harian Metro, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia hanya mengetahui perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.

“Sebenarnya saya baru tahu mengandung…tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam doktor sahkan yang kandungan saya terbantut.

“Jika diikutkan semalam, saya dan suami, Shaheizy Sam nak tengok degupan jantung anak kami, tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan,” katanya.

Menurut Syatilla, dia sedih kerana mereka sudah bersedia untuk menimang anak ketiga dan menganggap ia bukan rezeki lagi.

“Saya reda. Tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Apabila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap, tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.

“Sebenarnya, ini kali ketiga saya keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri. Kalau tidak saya perlu lalui proses mencuci rahim,” ujarnya.

Syatilla bernikah dengan pelakon Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syeriv Samheizy,4 dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi