Resipi ikan cencaru goreng nyonya

0
912

Resipi ikan cencaru goreng nyonya ini adalah menu yang sangat ringkas. Tidak susah pun mahu membuatnya, jom cuba resipi yang dikongsi oleh cef Liza ini.

BAHAN A
2 ekor ikan cencaru – buang kulit
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
Minyak

BAHAN KISAR
2 tangkai cili hijau
10 tangkai cili api
3 biji buah keras
3 cm halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm belacan
2 tangkai daun ketumbar

BAHAN B
6 biji buah belimbing buluh
1 papan petai
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Lumur ikan dengan bahan A (kecuali minyak), kemudian goring.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3.Masukkan bahan B dan masak sehingga pekat.
4.Tuang sambal tadi ke atas ikan goreng.

Resipi : Cef Liza

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi