amalan hilangkan stres

Sekalipun pada asasnya hormon oksitosin signifikan dengan kelahiran dan penyusuan bayi, namun dua dekad yang lalu, kajian ke atas haiwan menunjukkan hormon tersebut berfungsi dalam mempengaruhi tingkah laku sosial terutama dalam mengurangkan stres serta kebimbangan.

Profesor Dr. Markus Heinrichs, seorang profesor Biologi Psikologi dari Universiti Freiburg antara yang pertama mengkaji hubungan signifikan hormon oksitosin dengan tingkah laku sosial, kebimbangan, dan stres di kalangan manusia mendapati, dalam kajian bersiri yang dilakukan, dan pernah disiarkan di dalam Scientific Nature Jurnal, penggunaan semburan hidung hormon oksitosin sintetik berupaya meningkatkan kepercayaan dan empati subjek.

Sekali gus mengurangkan perasaan bimbang dan stres yang dialami. 

Nature Reviews Neoroscience turut melaporkan, sekumpulan saintis Neurologi (sistem saraf) termasuk, Markus Heinrichs dan Dr Gregor Domes dari University of Freiburg dan Profesor Dr. Andreas – Lidenberg serta Profesor Dr.  Peter Kirsch dari Institut Kesihatan Mental, Heidelberg, melalui kajian sains tingkah laku yang turut mengambil kira kajian hormon, genetik dan kajian otak, pakar saintis berjaya memperincikan perspektif baru klinikal ke atas gangguan mental termasuk masalah sosial.

Jelas Markus Heinrichs, terapi psikobiologikal, yang bukan melibatkan ubat baru, yang dikenali sebagai terapi propsychotherapeutic (terapi psiko) yang tercetus hasil dari kombinasi terapi sistem saraf hormon dan psikoterapi interaktif, berjaya menghasilkan persepsi baru klinikal untuk merawat gangguan mental yang melibatkan masalah sosial. 

Justeru, kajian mendapati,

rangsangan sentuhan, pelukan dan belaian, mampu menambahkan lebih banyak rembesen hormon oksitosin dikeluarkan oleh tubuh, sekali gus membuatkan seseorang merasa lebih tenang dan kurang mengalami stres. 

Science Daily pada November 2010 melaporkan, paras peningkatan hormon oksitosin dalam badan seorang wanita akan meningkat sekiranya seseorang wanita berpuas hati dalam hidupnya dan kurang  mengalami tekanan. 

Bukan itu sahaja, kajian Neuroscience 2010, yang dibentangkan oleh Paul Zack seorang pemegang Phd Universiti California, dalam mesyuarat tahunan Neuroscience di San Diego menunjukkan, asas biologikal dalam hubungan sosial dan peranan hormon oksitosin, adalah sebahagian daripada mekanisme otak yang membuatkan seseorang merasa gembira.  

Pelukan membantu anak anda membesar menjadi anak yang sihat

Sekali gus membuktikan, rangsangan rembesan hormon oksitosin melalui kaedah terapi psikologi, mampu mengatasi masalah antisosial, kemurungan, stres dan apa jua masalah yang berkaitan dengan tingkah laku sosial.

Dan hasil rangsangan inilah maka berlakunya perubahan ke atas tingkah laku sosial di mana seseorang itu akan lebih bersikap terbuka, empati dan mula menerima hubungan sosial.

Maka tidak hairanlah jika hormon oksitosin ini dilihat sebagai pengantara atau orang tengah dalam membuahkan perasaan kasih sayang sekali gus membuahkan hubungan yang lebih akrab dan intim.  

Sentuhan dan pelukan sembuhkan stres

Sementara itu, pada tahun 2008, para pengkaji di Universiti California, San Diego membuktikan, rembesan hormon oksitosin yang terhasil dari terapi psikologi melalui kaedah sentuhan dan pelukan pesakit dari mengalami schizophrenia, kebimbangan sosial dan pelbagai gangguan.

Hal ini dapat diperhatikan melalui hubungan ibu dan anak yang dilahirkan.

Kenyataan kajian itu dikuatkan lagi dengan kajian Kai MacDonald, pembantu profesor psikiatri kinikal dari Universiti California, yang mendapati dalam tubuh manusia, hormon oksitosin dirembeskan apabila adanya pelukan, dan sentuhan fizikal sekali gus merangsang emosi dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. 

sentuhan fizikal merangsang emosi dan mempengaruhi tingkahlaku seseorang

Oksitosin turut dikenali sebagai hormon cinta. Komunikasi mata ke mata, adalah suatu komunikasi emosi bagi setiap emosi, cinta, takut, percaya dan bimbang. Dan kerana itu bagi mereka yang mengidap schizophrenia atau autisme akan sentiasa mengelak untuk bertentang mata, dan cuba menghalang daripada berlakunya kontak sosial. 

Secara ringkasnya, oksitosin ialah kimia otak yang dianggap sebagai perantara tingkah laku sosial. Oksitosin dirembeskan apabila ibu melahirkan anak sekali gus mampu mengawal emosi.

Tidak hairanlah jika ia dikenali sebagai hormon cinta kerana membantu membina ikatan hubungan, mengetepikan sempadan psikologikal serta mengekalkan hubungan intim. Wallahu a’lam

Artikel Berkaitan: oksitosin 1 dari 99 rahmat Allah ketahui bagaimana ia berfungsi

___________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram