
TOLAK RASUAH…Kumpulan Shapadu terus menyatakan komitmen memerangi gejala rasuah apabila anak syarikatnya, Shapadu CR Asia Sdn. Bhd. pula melafazkan ikrar bebas rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
Ia selepas Kumpulan Shapadu mengambil langkah proaktif sama dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Kumpulan Shapadu, Isnin lalu.
Seramai 27 kakitangan mengambil bahagian dalam majlis yang diadakan di Pejabat Shapadu CR Asia, Pengerang, Johor itu yang diketuai Pengurus Projek Shapadu CR Asia, Fais Mohd. Nadzir.
Bacaan ikrar yang diadakan itu turut disaksikan Penguasa Kanan SPRM, Hamisa Abdul Ham dan Penolong Penguasa SPRM, Norazliza Mohd. Jannes.
Baca artikel berkaitan: Kumpulan Shapadu lafaz ikrar bebas rasuah
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Minyak dan Gas Kumpulan Shapadu, Syed Saggaf Syed Ahmad dan Pengurus Besar Shapadu CR Asia, Rano Ariff Musa.
SPRM turut mengadakan taklimat khas kepada kakitangan bertajuk Laporkan Jenayah Rasuah bagi meningkatkan lagi kesedaran pekerja Shapadu CR Asia mengenai gejala jijik rasuah.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram