Resipi kek suji berbadam yang mudah dan sedap

0
493

Teringin nak makan kek? Apa kata cuba resipi kek suji berbadam ini. Sedap dan lembut, sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

BAHAN SIRAP
2 1/4 cawan gula
1 1/2 cawan air
2 sudu besar jus oren
1 sudu kecil madu
BAHAN KEK
2 cawan tepung suji
1 cawan gula
100 gm mentega -lembutkan
1 cawan susu penuh krim
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 cawan badam

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Cara menyediakan sirap, masukkan gula, air dan jus oren ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan madu dan didihkan dengan api yang sederhana selama 8 hingga 10 minit. Ketepikan.
  3. Panaskan ketuhar dengan suhu 180?C
  4. Putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur dan esen vanila.
  5. Sementara itu, satu kan tepung suji, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
  6. Masukkan bahan-bahan dilangkah tiga ke dalam adunan yang telah diputar tadi sedikit demi sedikit dan masukkan susu.
  7. Tuang adunan ke dalam acuan pembakar. Hiaskan dengan badam. Bakar selama 25 minit.
  8. Keluarkan kek dari ketuhar, tuangkan sirap ke atas kek sehingga meresap.

Resipi: Sous Cef Aman Dollah, Vistana Kuantan City Center, Kuantan.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi