tony roma's ramadan
Pengurus Besar Restoran, G.Pehranban bersama hidangan Festive Beef Ribs Platter, Festive Lamb Slabs Platter dan T-Bone Steak untuk Hidangan Berbuka Puasa pada Bulan Ramadan di Tony Roma's NU Sentral. GAMBAR: Abd Razak Aid

BERSEMPENA Ramadan yang bakal tiba beberapa hari lagi, restoran masakan berasaskan rusuk terkenal Tony Roma’s tidak ketinggalan untuk memperkenalkan tiga menu istimewa bertemakan Festive Flavours bermula 19 April ini.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley, Daniel Chan, ketiga-tiga menu itu akan disediakan dalam saiz hidangan jauh lebih besar daripada hidangan biasa di mana setiap hidangan tersebut boleh dinikmati seramai empat hingga enam orang.

“Menu-menu ini juga akan menerapkan rasa-rasa tradisional dan lokal,” katanya ketika ditemui bersempena pelancaran menu Festive Flavours semalam.

Hidangan Festive Lamb Slabs Platter.

Katanya, selain itu, sajian kali ini akan membolehkan lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama dan menikmati hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan bersama Tony Roma’s.

“Sejak sekian lama, nilai jenama kami dipandukan oleh matlamat untuk memberi pengalaman yang luar biasa kepada semua pelanggan yang datang ke Tony Roma’s. Ini adalah inspirasi utama di sebalik menu perayaan kami pada tahun ini,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Astro perkenalkan tema Buka Lembaran Baharu, saji lebih 100 program sepanjang Ramadan

Ujarnya, pelanggan boleh memilih sama ada Festive Lamb Slabs Platter, Festive Beef Ribs Platter atau T-Bone Steak.

Hidangan Festive Beef Ribs Platter.

Bagi menu Festive Flavours pelanggan turut akan dihidangkan bersama sup tulang (Rib Bone Stew) sebagai pembuka selera.

Festive Beef Ribs Platter menawarkan lima rasa yang berbeza berharga RM359.90 merupakan hidangan antara empat hingga enam orang manakala Festive Lamb Slabs Platter membawa tanda harga Rm299.90.

Pelanggan boleh memilih sama ada rasa Sriracha, Spicey, Original bbq, Roma’s Rocking Rub dan Peppery.

Hidangan T-Bone Steak

Tony Roma’s juga menyediakan hidangan saiz kecil T-Bone Steak (450gm) dengan harga RM129.90 dan disertakan bersama sos istimewa.

Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh memesan dan menikmati beberapa aneka pencuci mulut seperti Kurma Tiramisu, Lychee Bandung atau Lychee Mojito.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram