uyaina arshad

MENTAL breakdown adalah satu gangguan yang menyebabkan keresahan kepada individu yang mengalaminya. Masalahnya ini dilihat amat serius kerana ia memberi kesulitan dalam menjalankan akitiviti seperti manusia normal.

Perkara tersebut turut dialami oleh pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang mengakui sejak kebelakangan ini, kondisi tubuh badannya tidak dapat tidur pada waktu malam selain turut berdepan dengan perasaan yang bercampur-baur.

“Beberapa hari lalu, saya alami mental breakdown. Macam-macam rasa yang negatif ada dalam diri. Tiba-tiba rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan…stress sampai migrain.

“Dan paling teruk bila terjaga pada pukul 3-4 pagi, berpeluh-peluh, lepas itu tak boleh tidur, sedangkan badan rasa sangat-sangat penat. Rasa tidak bernilai (worthless),” katanya di Instagram.

Walau bagaimanapun, dia berasa lega selepas berkongsi masalahnya itu kepada pengikutnya di Instagram. Ramai yang memberikan tips berguna serta nasihat untuk mengatasi kerisauannya itu.

“Terima kasih kepada yang respons dan kongsi dengan saya. Saya sangat menghargainya. Rupanya ramai yang rasa macam itu. Malah, ada yang pernah rasa lagi teruk daripada itu.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih lega sekarang. Apa yang saya boleh kongsikan, kita jangan menidakkan perasaan ini. Jangan pendam seorang diri.

“Luahkan dekat orang yang kita percaya. Rasai perasaan itu dan ikutlah perasaan itu untuk menghindarinya. Ia cuma fasa, bukanlah kehidupan yang teruk. Paling penting, kita kean terima diri kita dan sayangi diri kita sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, bintang drama Curi-Curi Cinta itu turut menitipkan pesanan kepada semua yang senasib dengan dirinya untuk bersyukur dan jauhkan dengan hal yang negatif.

“Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, percayalah, negatiflah hidup kita.Saya cuba untuk merenung balik kepada diri sendiri dan melihat apa yang Allah anugerahkan kepada saya.

“Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri.Alhamdulillah. Semoga rasa negatif ini akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan. Amin,” jelasnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi