Buntu tak tahu nak masak apa? Apa kata cuba resipi dori masam manis yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Resipi yang sangat sedap, mudah dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN
4 keping isi ikan dori – potong nipis
1 cawan tepung jagung
1 batang timun – potong dadu
1 biji nanas – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
3 sudu besar tepung jagung – untuk memekatkan kuah
3 cm halia – hiris
80 gm sos plum
2 biji telur
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil jus limau
1 cawan air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN;
1.Isi ikan dori yang telah dipotong nipis, digaulkan dengan lada sulah, telur dan garam.
2.Kemudian celupkan ke dalam bancuhan tepung, lalu digoreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3.UNTUK KUAH : Panaskan minyak, tumiskan halia. Masukkan tomato puri dan sos plum.
4.Selepas itu, bolehlah masukkan air, sos tomato dan sos cili. Biarkan ia mendidih.
5.Masukkan pula nanas,timun, tomato dan bawang. Biarkan mendidih kemudian masukkan jus limau dan garam secukup rasa.
6.Hidangkan kuah bersama ikan yang telah digoreng tadi.

Resipi: Nurul Izzah Catering

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi