Sedapnya kari tetel daging ini. Enak dimakan bersama nasi atau roti. Memang padu! Jom cuba yang dikongsi oleh Rohana Abu Samah ini. Pasti puas hati.

BAHAN
1kg tetel daging kambing
1 kg santan pekat
1 labu bawang besar -mayang
3 ulas bawang putih – mayang
2 cm halia – mayang
1 keping asam gelugur
Rempah 4 sekawan
2 tangkai daun kari
2 biji ubi kentang – potong 4
Sedikit tepung gandum
Minyak masak untuk menumis
Garam

BAHAN SANGAI
100 gm rempah kari
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu ketumbar

CARA
1.Daging kambing, direndam dengan tepung gandum selama 1 jam. Kemudian basuh hingga bersih. Perahkan limau nipis seketika dan basuh semula untuk hilangkan bau hamis dan tuskan airnya.
2.Kisar bahan sangai sehingga lumat. Ketepikan.
3.Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan berserta bawang dan halia sehingga naik bau.
4.Masukkan bahan sangai, kacau dengan rata beberapa minit dan masukan sedikit air. Tumis seketika supaya rempah betul-betul masak dan terbit minyak.
5.Selepas itu, bolehlah masukkan daging kambing. Reneh sehingga daging kambing empuk.
6.Kemudian masukkan ubi kentang, santan, daun kari dan terus masak sehingga daging dan kentang empuk.
7.Masukkan sedikit air asam jawa, apabila kuah mendidih dan terbit minyak tutupkan api.

Resipi: Rohana Abu Samah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi