• Joseph Goetz berniat mahu merompak sebuah bank di Pennsylvania. Tapi dia terkejut bila mendapati bank tersebut tidak mempunyai wang tunai. Dengan marah, Joseph berkata akan membuat aduan dan melaporkan ketiadaan wang tunai di bank tersebut kepada pihak berkuasa. Salah seorang pelanggan di bank itu senyap-senyap telah mengikuti kenderaan Joseph dan melaporkan kepada polis. Joseph ditangkap sebelum sempat dia menulis aduan tersebut.
  • Seorang pemuda dari kota Columbus bernama Stephon Bennett bersama dua rakannya merompak sebuah rumah yang didiami oleh seorang gadis bernama Diana Martinez. Dua jam kemudian, Stephon datang semula ke rumah mangsa dan mengajak Diana untuk keluar temu janji dengannya kerana terpikat dengan gadis itu. Stephon ditangkap setelah Diana meminta bantuan polis.
  • Jika mahu jadi perompak, jangan mencacah tatu pada tempat yang mudah dilihat. Mungkin itu pesanan yang sesuai untuk pemuda bernama Aarons Evans yang memecah masuk sebuah kereta Peugeot untuk mencuri alat navigator satelit dari dalam kereta tersebut. Dengan mudah identiti Aarons dikenal pasti dan dicekup polis kerana gambaran tatu yang jelas pada lehernya.
  • Robbie merompak sebuah rumah lalu ditangkap oleh polis hanya kerana dia tertawa. Begini ceritanya, semasa merompak, Robbie tak sempat keluar apabila tiba-tiba tuan rumah pulang ke rumah. Robbie terpaksa bersembunyi di sebalik almari. Di dalam rumah, ahli keluarga rumah itu saling bergurau senda. Entah apa lawak yang dibualkan oleh mereka hingga Robbie tidak tahan mendengarnya lalu turut ketawa hingga suaranya kedengaran oleh empunya rumah. Sebab itulah Robbie tertangkap.
  • Seorang pemuda cuba merompak sebuah salun yang dimiliki oleh seorang wanita. Tapi,wanita itu seorang yang cekap dalam seni mempertahankan diri. Dengan mudah dia menumbangkan perompak tersebut. Selalunya, perompak yang merogol mangsanya. Tapi dalam kes ini terbalik pula. Si wanita empunya salun itu telah menahan perompak tersebut dan mengikatnya. Wanita itu merogol perompak itu beberapa kali setelah terlebih dahulu memberi perompak itu makan pil Viagra secara paksa. Setelah 48 jam ditahan, barulah perompak itu dibebaskan. Lantas perompak itu membuat laporan polis mengatakan dia dirogol wanita tersebut, manakala wanita itu pula membuat laporan polis berhubung rompakan yang dilakukan lelaki tersebut. Akhirnya, kedua-dua mereka ditahan atas dua pertuduhan berkaitan rompakan dan kes rogol.

Kah kah kah… macam-macam kan kisah pelik si perompak ni.

____________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.