Sebagai salah satu cara untuk membudayakan hidup yang sihat, syarikat pembekal alat pernafasan, House of Oxygen (HOO) buat julung kalinya mengadakan kejohanan badminton dengan kerjasama KILAS BC di Semenyih, Selangor.

Program ‘Jom Sihat Bersama House of Oxygen’ ini merupakan salah satu kempen yang dianjurkan HOO untuk amalan hidup yang sihat dengan bersukan.

Kempen Jom Sihat Bersama House of Oxygen yang menganjurkan kejohanan bandminton.

“Sebagai pembekal mesin oksigen untuk kegunaan pesakit yang majoritinya menghadapi masalah berkaitan jantung dan paru-paru, kami cuba terapkan bahawa pencegahan dan gaya hidup yang sihat adalah amalan penting dalam penjagaan kesihatan. Salah satunya dengan bersukan. Kerana itu kami menganjurkan kejohanan bandminton ini sebagai tanda sokongan kepada kempen Jom Sihat Bersama House of Oxygen,” ujar Azri Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas HOO.

Azri Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif HOO.

Menurutnya, kelab KILAS BC dipilih untuk menjayakan program sukan ini kerana merupakan kelab badminton yang paling aktif di Semenyih.

Selain Azri, majlis turut dirasmikan oleh Ridwan Goh, Presiden Kilas BC serta tetamu jemputan dari Ahli Majlis MPKJ, Hanafi dan Ali XPDC sebagai artis undangan.

Azri (kiri) turut memberi sumbangan kepada KILAS BC.

Dalam majlis yang berlangsung pada Sabtu, Azri turut memberi sumbangan kepada golongan asnaf dan pemberian kurma sebagai tanda untuk menyambut bulan Ramadan.

Sedikit tentang HOO, syarikat milik bumiputera ini telah beroperasi sejak tahun 2018. Membantu golongan pesakit yang memerlukan bantuan oksigen di rumah, HOO telah membekalkan ribuan mesin oksigen ke seluruh negara sejak ia ditubuhkan.

Syarikat ini juga sering mendapat kerjasama daripada pihak hospital yang meminta mereka membantu membekalkan mesin oksigen untuk kegunaan pesakit yang mendapat pelepasan pulang ke rumah.

Lebih istimewa, mesin oksigen keluaran HOO ini tidak perlu isian semula. Sebaliknya mesin ini akan mengitar semula oksigen di dalam udara yang kemudian diproses dan dimampatkan sebelum dikeluarkan untuk kegunaan pesakit. – UtusanTV

___________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.