Resipi baby kailan cendawan shitake yang ringkas dan sedap

0
446
Baby Kailan Cendawan Shitake

Resipi baby kalian cendawan shitake ini sangat mudah, sedap dan pasti tambat selera. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

7 batang baby kailan – potong separuh
2 ulas bawang putih – tumbuk
3 cendawan Shitake – potong nipis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Sedikit air
Sedikit minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit bijan putih

CARA:

  1. Panaskan kuali dengan api sederhana dan masukkan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Selepas itu, masukkan cendawan dan masak selama satu minit sehingga cendawan lembut.
  3. Kemudian, masukkan baby kailan, sos tiram, kicap soya cair, garam dan lada hitam secukup rasa.
  4. Tambah sedikit air dan kacau sebati sehingga baby kailan lembut dan masak.
  5. Angkat dan taburkan sedikit bijan putih.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi