pecal ayam kampung

Pernah makan juadah pecal ayam kampung ini? Rasanya sangat sedap dan berlemak. Sekali rasa pasti nak lagi. Jom ikuti bahan dan cara menyediakan resipi menarik ini.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung yang – potong 4
½ kg santan
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk kunyit

BAHAN TUMBUK
15 tangkai cili padi
5 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 biji cekur
BAHAN HIRIS
2 batang serai
2 helai daun cekur
1 helai daun kunyit

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam kemudian bakar hingga masak.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  4. Masukkan hirisan daun cekur, daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Angkat dan tuangkan kuah pecel ke atas ayam bakar.
Resipi: Rohana Abu Samah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi