gadis terjun
GADIS yang diselamatkan sekumpulan remaja lelaki diserahkan kepada polis. - Gambar HMETRO

MEREKA mungkin nampak seperti remaja biasa. Tetapi sebenarnya mereka sangat hebat kerana sanggup mengadai keselamatan diri sendiri untuk menyelamatkan seorang gadis dari mati lemas di sebuah sungai.

Sekumpulan remaja lelaki yang berada berhampiran Sungai Sinulihan, Inanam, di Kota Kinabalu, telah berjaya menyelamatkan gadis tersebut yang cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai tersebut.

Dalam kejadian pada 3 petang itu, dua dari lima remaja terbabit dikatakan terjun ke dalam sungai selepas menyedari remaja perempuan dipercayai berusia belasan tahun itu cuba terjun ke dalam sungai.

Menurut Hmetro, difahamkan, gadis itu mendakwa dia tertekan dan cuba terjun ke dalam sungai berkenaan.

Seorang remaja lelaki yang menyelamatkan gadis terbabit, Donny Anton, 19, berkata, ketika kejadian dia dan empat lagi rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

BERITA BERKAITAN Akibat menyusup keluar kawat berduri PKPD, remaja 18 tahun dikompaun RM3,000

Bagaimanapun katanya, sebaik menyedari remaja perempuan terbabit cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai, dia dan seorang lagi rakannya terus berlari terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkannya.

“Saya dan rakan sempat menariknya keluar sungai sebelum terus membawanya kepada pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Remaja terbabit kemudiannya diserahkan kepada polis untuk ditenangkan dan tindakan lanjut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram