Resipi ayam teppanyaki yang mudah dan gerenti sedap

0
680

Biasanya kalau nak menikmati hidangan ayam teppanyaki ini anda perlu ke restoran. Bagi yang tiada masa untuk keluar, apa kata cuba sendiri resipi yang mudah dan sedap ini. Selamat mencuba!

BAHAN
250 gm isi peha ayam
3 sudu besar mentega tak bergaram
2 sudu besar bawang putih goreng
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar air
Sedikit minyak masak
Sedikit garam

CARA
1.Panaskan kuali, goreng ayam sehingga berwarna coklat.
2.Letakkan garam, lada hitam dan masak selama satu minit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian-bahagian kecil.
3.Panaskan kuali dan masukkan mentega, kicap cair dan sedikit air. Kemudian taburkan bawang putih goreng lalu tuangkan di atas ayam.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN: