Fatima mula berlakon, bakal ikuti jejak Fazura dan Fattah

0
506
fazura

BEBERAPA hari lepas selebriti Nur Fazura memuat naik video anaknya, Nur Fatima Aisya, 6 bulan, sedang dibawa untuk menjalani pengambaran di pusat membeli belah SuriaKLCC yang mendapat perhatian netizen.

Video Fazura mengendong anaknya itu mendapat 1.1 juta tontonan dengan pelbagai komen seperti “Omeynyaa”, “fatima dah start shooting”, “Cutie’s so happey”, “So cute”, “Happy dapat keluar” dan sebagainya.

Sememangnya, ia merupakan pengambaran pertama cahaya mata Fazura dan Fattah Amin tersebut kerana sebelum ini mereka tidak mahu terlalu mengekplotasi anak mereka di media sosial bagi tujuan komersial.

Bagaimanapun, keadaan itu membuatkan peminat kedua-dua artis itu semakin menunggu-nunggu jika ada sahaja gambar atau video Fatima dimuat naik ke akaun Instagram Fazura atau Fattah.

Menyentuh mengenai pengambaran Fatima dalam penggambaran iklan kali ini, Harian Metro melaporkan Fazura berkata, pembabitan Fatima bersama saya dalam iklan komersial adalah rezekinya.

“Meskipun sejak dia lahir, saya dan Fattah sudah berbincang tidak mahu eksploitasi dia untuk dibawa ke sana sini, tapi soal rezeki kita tak tahu.

“Malah, buat masa ini untuk Fatima, kami cuba menerima tawaran yang dirasakan sesuai. Macam iklan Suria KLCC ini, kami terima kerana agak sentimental sebab tahun lalu saya menjayakannya ketika hamilkan Fatima,” katanya.

Menurut Fazura, walaupun ada tawaran iklan lain ditawarkan untuk mereka sekeluarga, tetapi ia masih dipertimbangkan.

“Fatima pun masih kecil dan tidaklah semua tawaran yang datang itu diterima, kerana bergantung pada rezeki yang Allah permudahkan,” tambahnya.

Fazura juga berkata walaupun pertama kali, Fatima memberi kerjasama yang sangat baik kepadanya dan pasukan produksi sepanjang pengambaran.

Semalam, Fazura turut memuatkan satu lagi gambarnya mendukung Fatima di lokasi Mandarin Oriental Kuala Lumpur di akaun Instagramnya dengan berlatar belakang bangunan Menara Berkembar Petronas.

Foto itu diiringi kapsyen: “Embrace each and every seconds, they say. This is so true as Fatima grows up so quickly by the day. Being a libran like mommy, I hope she won’t be too independent so that she would still cling on to me for anything.” 🤍

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi