HARI pertama Ramadan bagi kebanyakan daripada kita akan memilih untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Walau bagaimanapaun, bukan semua mempunyai peluang tersebut apatah lagi bagi petugas barisan hadapan.
Ini termasuklah bagi anggota keselamatan yang turut sama terlibat bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun bagi petugas SJR Op Benteng bertempat di Kilometer (KM) 25 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, mereka menerima suntikan semangat apabila turut disertai tetamu istimewa iaitu ‘bos’ mereka sendiri.
Menerusi gambar yang dikongsi di Facebook, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilihat bersama-sama anak buahnya berbuka puasa di khemah SJR di lokasi berkenaan.

Beliau terdahulu turut meninjau tugasan yang dilakukan anak buahnya di lokasi berkenaan yang terletak di bawah pendatdbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
Baca artikel berkaitan: Tahniah!! Ayob Khan antara 12 pegawai kanan terima APC 2020 PDRM
Syabas Datuk Ayob…Program KP Johor bersama Masyarakat berjaya kutip bayaran saman RM2.24 juta

Turut hadir, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Johor, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak dan pegawai-pegawai kanan serta anggota- anggota IPD Seri Alam.
Sementara itu, Ayob Khan akan mengadakan sidang akhbar jam 11.30 pagi esok berhubung salah laku pegawai dan anggota polis.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram