“Mereka (Yahudi) tidak akan memerangi kamu melainkan di sebalik tembok-tembok…”

0
455

Di sebalik kerakusan dan keangkuhan Yahudi dan Rejim Zionis merobek serta menindas rakyat Palestin, sejarah membuktikan bahawa bangsa ini tidaklah sehebat mana.

Dalam beberapa siri peperangan yang melibatkan bangsa Yahudi, kaum yang berasal dari salah silah keturunan Nabi Ibrahim itu tidak akan berperang secara bersemuka melainkan membina tembok sebagai perlindungan. Mereka hanya akan berperang sekiranya keselamatan mereka terjamin dengan bersembunyi di sebalik benteng-benteng yang kukuh. Hakikat tersebut telah dibuktikan melalui catatan sejarah.

Ketika berlakunya perang Yahudi-Romawi pertama iaitu pada tahun 66 hingga 77 Masihi, segerombolan orang-orang Yahudi dari Provinsi Yudea telah melakukan pemberontakan terhadap penguasa Rom ketika itu.

Peperangan tercetus apabila askar-askar Rom telah diarahkan untuk bertindak balas terhadap protes yang dilakukan oleh bangsa Yahudi. Ketika inilah orang-orang Yahudi mula membina tembok untuk mengurangkan tekanan serangan daripada askar-askar Romawi.

Perang Yahudi-Rom.

Selepas perang Yahudi-Romawi yang pertama, beberapa siri peperangan lanjutan yang melibatkan pertempuran orang-orang Rom dan Yahudi turut berlaku.

Antaranya ialah Pemberontakan Bar Kokhba (115 – 117 M) dan Perang Kitos yang berlaku di Provinsi Yudea pada tahun 132 hingga 135 Masihi. Dalam kedua-dua siri peperangan ini juga bangsa Yahudi turut membina tembok sebagai benteng pertahanan mereka untuk berlindung daripada musuh.

Perang Yahuid-Rom.

Selain itu, ketika berlakunya perang Khaibar, bangsa Yahudi turut menggunakan strategi yang sama ketika berperang. Peperangan ini terjadi pada tahun 629 Masihi, melibatkan pertempuran antara tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad dan angkatan Yahudi yang diketuai Sallam ibn Myskam. Ia berlaku tidak lama selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.

Khaibar merupakan sebuah daerah subur yang menjadi benteng utama kaum Yahudi di semenanjung Arab, terutamanya selepas penaklukan Yahudi di Madinah. Kawasan tersebut mempunyai sistem pertahanan yang sangat baik dengan pembinaan berlapis-lapis benteng untuk menyekat kemaraan tentera Islam.

Tinggalan kubu Khaibar.

Wanita, kanak-kanak dan harta benda mereka telah diletakkan di benteng Watih dan Sulaim. Bahan-bahan makan dan ternakan pula dikumpulkan di benteng Na’im. Pasukan ketenteraan bertumpu di benteng Natat menanti serangan tentera Islam. Manakala benteng Qamush dan Zubair pula menjadi perlindungan terakhir untuk mereka.

Dalam peperangan itu, tentera Islam akhirnya berjaya menguasai kesemua benteng tersebut dan menyebabkan orang-orang Yahudi menyerah kalah.

Begitu juga halnya yang berlaku ketika perang Yahudi-Mesir. Orang-orang Yahudi telah membina tembok yang dikenali sebagai Tembok Bartlit sebagai benteng pertahanan mereka. Tembok ini dibina begitu kukuh sehingga memerlukan masa selama 12 jam untuk memusnahkannya dengan bom tangan.

Israel membina dinding sebagai tembok pemisah di sempadannya.

Sehinggalah pada tahun 2005, kerajaan haram Israel telah meluluskan usul untuk membina Tembok Pemisah di Tebing Barat. Tembok yang bertemakan pengasingan itu telah memberi kesan drastik kepada penduduk di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Bukan saja di Tebing Barat, malah mereka turut membina tembok di sempadan Israel dengan negara-negara sekitarnya.

Kitab suci Al-Quran telah pun menerangkan perkara tersebut dengan jelas. Dalam surah Al-Hasry, ayat 14, Allah berfirman yang bermaksud:

“Mereka (Yahudi) tidak akan memerangi kamu dengan bersatu padu melainkan di kampung-kampung yang berkubu kuat atau di sebalik tembok-tembok…” (Surah Al-Hasry; ayat 14).

Ayat tersebut dengan jelas menerangkan bagaimana sifat orang-orang Yahudi yang dayus serta takut untuk berhadapan dengan tentera musuh secara bersemuka.

Mereka hanya mahu berperang ketika mana merasakan keadaan mereka selamat dengan berlindung di sebalik benteng yang kukuh. Mereka akan bertempiaran lari seperti tikus apabila kedudukan mereka terdedah kepada musuh.

Situasi peperangan di Palestin pada zaman ini juga memperlihatkan perkara yang sama. Askar-askar rejim Zionis tidak akan mendekati rumah penduduk Palestin melainkan dengan menaiki kereta perisai. Bukan itu saja, mereka juga hanya akan berperang apabila mendapat sokongan daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Selain pembinaan tembok, orang-orang Yahudi juga giat menanam pokok Gharqad di penempatan haram mereka.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menerangkan, pokok Gharqad akan memberi perlindungan dan menjadi tempat persembunyian orang Yahudi apabila mereka bertempur dengan orang Islam. Pokok tersebut ditanam secara berleluasa serta menjadi pohon hiasan di dalam rumah mereka.

Pokok Gharqad.

_______________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.