Sempena bulan Ramadan tahun ini, restoran Casa De Madani menawarkan promosi radaman berkonsepkan Santapan Sepurnama yang menarik untuk pelanggan.

Dengan hanya membayar hidangan utama istimewa, pelanggan akan dapat menikmati bufet yang menawarkan lebih 300 menu makanan dan minuman lain secara percuma di restoran Halal Fine Dining milik kumpulan Malakat ini.

Menurut Cef eksekutif Kumpulan Malakat, Mohd Shahrul Nizam Zulkifli, pelanggan perlu memilih satu daripada enam hidangan utama untuk menikmat hidangan-hidangan enak lain.

“Tahun ini kami membuat kelainan dengan hanya mengenakan bayaran pada menu utama dan memberi pilihan juadah lain kepada pelanggan secara percuma.

“Pelanggan boleh memilih satu daripada enam menu mewah iaitu aussie braised lamb shank, smoked duck with purple mash, pan search wagyu mb5 with orange sweet potato, rack of lamb with purple carrots, lobster thermidor with duo spaghettini aglio olio, pan search wagyu mb7 with roast japanese sweet potato atau oven baked aromatic chilean cod fish with mango chutney bermula pada harga rm130 sahaja.

“Menu bufet di sini juga akan bertukar-tukar bagi mengelakkan pelanggan berasa bosan dengan makanan di sini. Inilah antara keistimewaan yang kami bawakan kepada pelanggan,” ujarnya.

Antara juadah menarik yang disediakan untuk pelanggan seperti kambing panggang, ayam panggang, daging panggang, hidangan disediakan untuk pelanggan seperti aneka jenis kuih muih tradisional dan moden, kek, coklat, ais krim, aneka jenis bubur, salad, buah-buahan, minuman-minuman istimewa dan macam-macam lagi.

Lebih menarik pelanggan juga boleh menikmati hidangan bubur lambuk daging Wagyu yang sungguh enak.

Selain itu, pihak Casa De Madani juga menyediakan surau untuk kemudahan pelanggan yang berbuka puasa di sini untuk menunaikan solat Maghrib.

Jadi andai kata ingin merasai hidangan mewah dengan harga berpatutan, bolehlah berbuka puasa di restoran Casa De Madani yang terletak di Aras 1, Malakat Mall, Cyberjaya, Selangor.

Promosi Santapan Sepurnama bermula 13 April hingga 11 Mei 2021 dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam dengan harga bermula RM130.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh menghubungi 016 2214961 atau layari laman sesawang www.casademadani.asia

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi