Sembilan lagi kluster COVID-19, salah satu libat keagamaan

0
821
Dr Noor Hisham Abdullah

SEBANYAK sembilan lagi kluster COVID-19 dilaporkan degan satu daripadanya kluster pusat keagamaan di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster melibatkan daerah Seremban itu dikenali sebagai Kluster Bukit Belida.

Katanya, kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan.

“Kluster ini melibatkan sebuah pusat keagamaan yang terletak di Jalan Bukit Belida 1, Seremban.

“Sehingga 13 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, lapan lagi kluster yang dilaporkan hari ini teridir daripada empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu, kluster pusat tahanan.

Katanya, satu daripada kluster berkenaan di Putrajaya iaitu Kluster Lebuh Wawasan melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Precint 7, Putrajaya.

“Sehingga 13 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Keseluruhannya selain Negeri Sembilan dan Putrajaya, turut melaporkan kluster baharu hari ini ialah Kuala Lumpur (dua), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Sarawak, Johor dan Melaka,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: Pusat kecergasan antara 10 kluster, 1,317 kes baharu

Dalam pada itu, kata Noor Hisham, sebanyak 62 kluster melaporkan pertambahan kes baharu hari ini manakala 344 kluster aktif masih dikesan.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (137 kes), Kluster Jalan Puncak Borneo (60 kes) dan Kluster Jalan Bambangan (47 kes),” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram