SME Corp. Malaysia akan memberi tumpuan kepada dua strategi jangka panjang ke arah pertumbuhan seimbang dan mapan di samping memastikan perkembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Rizal Nainy berkata strategi pertama adalah untuk meningkatkan penubuhan syarikat berpertumbuhan tinggi dan inovatif bagi melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, ia adalah menerusi sokongan dalam bidang automasi, pendigitalan dan kelestarian.

Menurut Rizal, strategi kedua SME Corp. pula adalah memberi penekanan kepada peningkatan sumbangan perusahaan mikro atau isi rumah berpendapatan rendah (B40) kepada ekonomi.

“SME Corp. iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sentiasa komited untuk terus membantu PKS tempatan.

“Di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, SME Corp. telah diperuntukkan dana sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan dua program.

“Kedua-dua program tersebut ialah Skim Pembiayaan Pengukuhan PKS dan [email protected],” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel berkaitan: Program E-Board INSKEN tingkat jualan perniagaan melebihi 30 peratus. Ada usahawan capai hingga 4,000 peratus!

Peruntukan RM18 juta bantu perniagaan OKU, wanita

Mengulas lanjut, Rizal berkata, Skim Pembiayaan Pengukuhan PKS menawarkan pembiayaan kepada PKS sehingga RM250,000 dengan kadar faedah sebanyak tiga peratus.

Pada masa sama, kata beliau, [email protected] pula adalah bagi mempersiapkan para belia bumiputera yang mempunyai minat mendalam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Program ini juga telah dikenal pasti sebagai salah satu program yang dapat membantu mengatasi isu pengangguran yang berlaku dalam kalangan belia bumiputera serta meningkatkan sosioekonomi mereka.

“Bagi mengetahui maklumat terkini bantuan yang disediakan, PKS boleh melayari laman sesawang rasmi SME Corp. Malaysia iaitu www.smecorp.gov.my dan saluran media sosial rasmi SME Corp.,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram