8 helah mekap lebih segar tika liburan

0
29

1. Highlight dan garis mata

Optimize bentuk mata dengan menggunakan pembayang mata jenis matte rona sedikit gelap daripada warna kulit dan sapu di bahagian kelopak mata dengan berus mekap. Luaskan kawasan sapuan hingga hujung mata untuk mencipta ilusi lebih besar pada mata. Berikan highlight dibahagian dalam hujung mata agar nampak segar. Elakkan highlight warna silver atau glittery yang boleh mencacatkan penampilan.

2. Singkirkan gelap bawah mata

Gelap bawah mata adalah antara tanda kulit wajah anda tidak sihat dan tidak bermaya. Kaedah biasa adalah dengan menggunakan concealer. Namun ada kalanya concealer juga tidak dapat menutup masalah ini. Membetulkan warna tona kulit di bawah mata sebaliknya boleh membantu. Cuba corrector rona peach seperti Bobbi Brown’s Corrector in Bisque kerana ia salah satu kaedah paling berkesan dan mampu mencerahkan kawasan sekitar bawah mata.

3. Guna brightening prime

Penggunaan brightening prime membantu menjadikan kulit kelihatan berseri secara semulajadi. Primer dengan sedikit shimmer mampu mencipta wajah yang bersinar dan segar. Kulit yang kusam kembali segar kerana ia juga mampu mencipta asas mekap yang sempurna.

4. Biarkan kulit bernafas

Spray wajah yang mengandungi minyak essential atau vitamin menjadikan kulit yang kusam dan letih kembali bertenaga dan segar. Anda boleh gunakan ia sebelum solekan mahupun bila-bila masa kerana ia mampu melembab, menenang dan menyegarkan kulit. Tambahan faedah aromaterapi daripada minyak essential di dalam spray mampu membangkitkan mood dengan bauan yang menyenangkan.

5. Segarkan mata dengan eye cream

Kopi sering dianggap morning booster dan tahukan anda ia juga sangat bermanfaat untuk mata? Cuba guna eye cream yang mengandungi kafien seperti Garnier Ultra-Lift Sleeping Eye Cream. Ini kerana kafien telah banyak digunakan dalam produk penjagaan mata kerana fungsinya yang mampu melancarkan peredaran darah sekaligus mengatasi masalah gelap bawah mata.

6. Merahkan bibir dan pipi

Bibir dan pipi yang kemerah-merahan mampu mencipta penampilan yang segar dan semulajadi. Gunakan produk multifungsi seperti Benefit Cosmetics Cheek & Lip Stain ke mana sahaja anda pergi. Hanya sapukan rata di kawasan pipi dan bibir untuk penampilan segar sepanjang hari.

7. Lupakan bedak asas

Mengaplikasikan bedak asas seperti biasa hanya akan membuatkan wajah anda terbeban. Cuba sesuatu yang lebih ringan yang tidak membuatkan kulit anda kering seperti BB Cream atau tinted moisturizer. Krim multifungsi ini membantu melicinkan kulit, melembab dan menutup cela secara ringan. Bedak asas yang tebal mungkin nampak cantik namun dalam cahaya semulajadi ianya boleh merosakkan penampilan.

8. Cuba bulu mata palsu

Jika maskara tidak membantu membentuk bulu mata tebal, apa kata cuba bulu mata palsu. Meletakkan beberapa helai di bahagian tengah mata mampu menjadikan mata lebih segar, besar dan menawan.