Hotel Premiera tawar bufet berbuka puasa ‘Ramadan Kampung People’

0
185

Ramadan menjelang dalam suasana yang cukup berbeza tahun ini, namun kemeriahannya masih terasa walau dalam norma baharu. Hotel Premiera Kuala Lumpur tidak ketinggalan meraikan kedatangan bulan puasa dengan bufet berbuka puasa ala kampung.

Terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, pengunjung akan disambut dengan rekaan moden kontemporari, suasana tenang dan selesa serta dihiasi dengan dekorasi berkonsepkan kampung.

Lokasi berbuka bertempat di Coffee House aras 5, manakala dewan utama di aras 6 dibuka untuk tempahan korporat. Dewan Utama ini mampu memuatkan sehingga
1000 orang tetamu pada satu masa di samping keselesaan ruang legar yang luas
dan sistem bunyi terkini dan projektor skrin untuk tontonan 360 darjah.

Surau juga disediakan untuk pengunjung menunaikan solat fardhu dan Terawih. Sepanjang bulan Ramadan, solat Terawih akan diketuai oleh ustaz yang telah dilantik oleh pihak hotel.

Pelbagai hidangan kampung dari seluruh negeri Malaysia disajikan pada tahun ini
sesuai dengan temanya ‘Ramadan Kampung People’ yang bakal menambat selera
pengunjung. Menu-menu terpilih yang berkonsepkan selera kampung Bersama
menu utama Ramadhan kali ini yang bakal membuat pengunjung tak lekang tempat
duduk semestinya Kambing golek diperap istimewa yang dibakar dengan kayu
arang, Pais ikan Kembung, Patin Gulai Tempoyak, Gulai Daging Pisang Muda,
Ayam Percik Tumpat, Nasi Kebuli, Nasi Beriyani, Gulai Kambing Kari Penang, Gulai
Ketam Nenas, Ayam Ungkep, Siput Sedut Masak Lemak, Sambal Jawa, Udang
Sambal Petai Sup Daging Roti Bengali.



Manakala Stall Buffet menyediakan hidangan masakan yang dimasak secara live.
Antaranya claypot asam pedas, ikan bakar, keow teow goreng, mee goreng, dan
tidak lupa juga pelbagai jenis mee seperti Laksa Kedah. Turut disajikan dengan
puluhan manisan dan kuih muih seperti kek, bubur, jeruk dan kuih muih tradisional.

Tidak lupa juga, pada penggemar durian pasti tidak akan melepaskan peluang menikmatinya.

Harga bufet Ramadan di Premiera Hotel Kuala Lumpur dijual pada RM95 bersih
untuk Dewasa dan RM48 bersih untuk kanak-kanak. Bagi yang bermalam tempahan
bilik, pakej Ramadan juga di sediakan, berharga RM350 bersih untuk satu malam
beserta sahur dan iftar untuk 2 orang dewasa.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi talian 011 2385 8094 /
8095.