Kembali melepasi 2,000 kes, tujuh negeri catat tiga angka

0
538

NAIK, naik dan naik.

Akhirnya hari ini kes harian COVID-29 kembali melepasi 2,000 kes yang kali terakhir dicatatkan enam minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 2,148 kes baharu wabak itu dilaporkan hari ini.

noor hisham
Noor Hisham Abdullah

Katanya, tertinggi adalah Sarawak dengan 512 kes diikuti Selangor (459 kes), Kelantan (221 kes) dan Sabah (202 kes).

Turut mencatatkan kes baharu tiga angka ialah Johor (182 kes), Kuala Lumpur (171 kes) dan Pulau Pinang, 134 kes.

Sementara itu, berdasar maklumat awal yang dikongsi Noor Hisham menerusi media sosial beliau itu, semua negeri melaporkan pertambahan kes baharu.

Baca artikel berkaitan: Kes naik lagi cecah 1,889, Selangor & Sarawak tertinggi

Terendah ialah Perlis dengan stau kes manakala Labuan (tiga kes), Putraja (lapan kes) dan Kedah, 26 kes.

5 Mac lalu adalah kali terakhir negara mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi 2,000 kes dengan 2,154 penularan.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, 10 lagi kes kematian dilaporkan hari ini termasuk seorang bukan warganegara.

Katanya, 10 kes kematian pada hari ini masing-masing tiga kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Sarawak dan masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.

Pertambahan terbaru ini menjadikan kes kumulatif kematian akibat COVID-19 kini berjumlah 1,363 kes.

“Hari ini juga melaporkan 1,259 kes sembuh dan ini menjadikan kes aktif kini melonjak kepada 17,575 kes.

“Daripada jumlah itu, 212 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 82 memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Katanya, ia melibatkan sembilan kluster tempat kerja dan enam kluster komuniti.

Lima kluster hari ini ialah di Kelantan, empat di Sabah, Selangor dua dan masing-masing satu di Johor, Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 73 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu pada hari ini.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pula adalah Kluster Jalan Kempas Satu (81 kes), Kluster Abak Bon (77 kes) dan Kluster Telok Mas (45 kes).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram