Resipi biskut mazola kacang hijau yang mudah tapi sedap

0
887
Biskut mazola kacang hijau

Biskut mazola adalah salah satu biskut raya yang popular setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Pada masa sekarang, terdapat pelbagai variasi biskut ini. Kali ini SAJI kongsikan resepi biskut mazola kacang hijau yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

BAHAN:
1 cawan tepung kacang pis
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
Minyak Mazola secukupnya
1 biji telur kuning
Hiasan- kelapa kering

CARA:
1.Gaulkan kesemua bahan-bahan kering sehingga sebati.
2.Tuangkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh lembut.
3.Terap mengikut acuan yang digemari.
4.Taburkan kelapa kering.
5.Bakar dengan suhu 180⁰C selama 15 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resipi: Rohana Abu Samah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.