sam bunkface


DOA vokalis kumpulan Bunkface, Sam akhirnya termakbul apabila dia yang sudah lama ingin menyanyikan lagu kerohanian tertunai menerusi lagu Mencari Sinar.

Istimewanya lagi, single tersebut turut mendapat kerjasama dengan kumpulan nasyid popular, Inteam.

“Saya pernah berdoa nak menyebut nama Allah dan Rasul dalam lagu Bunkface tapi selalu tak jadi.

“Allah nak makbulkan doa saya, tiba-tiba syarikat rakaman Smileyriver menawarkan saya untuk berkolaborasi lagu Mencari Sinar dengan kumpulan Inteam.

“Saya sangat teruja nak menyanyi sesuatu yang lain daripada kebiasaan,” katanya kepada URTV.

Tambah Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom,34, dia dan komposer Epul Kuat tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan susunan muzik Mencari Sinar.

“Durasi merakamkan lagu ini mengambil masa lebih kurang seminggu sebab kami perlu menghasilkan susunan muzik yang sesuai seperti yang dibincangkan dengan pengurus dan penerbit lagu ini.

“Kemudian kami cuma mengambil masa satu hari untuk proses rakaman suara bersama dengan Inteam.

“Saya juga ada minta Fauziah Gambus untuk menyumbangkan alunan gambus daripadanya,” jelasnya.

inteam
Rakaman single Mencari Sinar hanya mengambil masa sehari untuk disiapkan

Menyifatkan, kerjasama dengan Inteam satu perkara yang mudah selain dirinya turut menimba pengalaman dengan mereka.

“Pengalaman bekerja dengan pihak Inteam sangatlah mudah dan mereka juga lebih berpengalaman daripada saya, jadi saya yang banyak mengambil ‘input’ dan belajar daripada mereka.

“Saya harap pendengar muzik tempatan dapat menerima karya saya yang mungkin kali ini sedikit berlainan bentuknya daripada lagu￾-lagu saya yang lain.

“Yang penting, hayati mesej-mesejnya dan semoga dapat memberi sedikit inspirasi dalam hidup anda,” tuturnya.

Mencari Sinar ialah sebuah lagu baharu di mana telah dicipta oleh Allahyarham Ahmadi Hassan dan susunan muzik kali ini oleh Sam dan Epul.

Single tersebut sudah boleh didengari menerusi semua aplikasi penstriman muzik bemula 9 April lalu.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.