Fly like a pro. Ini tip untuk elak jet lag

0
20

Bercuti atau mengembara ke tempat orang memang mengujakan. Lebih-lebih lagi andai destinasi jauh seperti luar negara yang mengambil masa yang panjang berada di dalam kapal terbang. (boleh travel selepas sekatan berakhir).

Bagi yang sudah biasa tentunya jet lag bukan lagi masalah besar, namun bagi yang pertama kali merasainya tentu ia mengganggu mood bercuti.

Berikut adalah tip yang mungkin boleh membantu anda untuk kekal sihat sepanjang penerbangan dan sekaligus mengelakkan anda jet lag.

1. Pilih makanan yang bersesuaian

Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, pasta, oatmeal atau roti gandum penuh membantu merembeskan insulin yang mana ia boleh meminimumkan risiko jet lag.

2. Snek ringkas

Snek yang kaya dengan kandungan protein seperti mentega kacang, yogurt, biskut, cheese atau protein bar membantu anda rasa kenyang dengan lebih lama.

3. Buat special request

Vegetarian, gluten free atau kosher meal selalunya dihidangkan lebih awal yang mana membantu anda mendapatkan rehat dan tidur yang lebih panjang.

4. Kekal hidrat

Udara di dalam kapal terbang biasanya agak kering. Jadi sentiasalah minum air kosong dengan kerap walaupun anda tidak merasa haus.

5. Elakkan minuman berkafien

Kafien akan membuatkan anda berjaga lebih lama, haus dan tidak selesa.

6. Pilih green tea

Green tea yang tidak mengandungi kafien adalah pilihan yang terbaik sepanjang penerbangan. Ia juga dikatakan mampu melindungi tubuh dari jet lag.

7. Pakai pakaian longgar

Memakai pakaian yang longgar dan selesa menjadikan penerbangan lebih seronok. Pastikan anda memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh.

8. Pakaian berlapis

Penerbangan yang panjang bermakna anda mungkin akan mengalami suhu yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Memakai pakaian berlapis akan memudahkan anda menyesuaikan diri dengan perubahan suhu yang berlaku.

9. Pilih tempat duduk berhampiran sayap pesawat

Ramai pakar mendakwa duduk dibahagian pesawat boleh mengurangkan impak tekanan (turbulence) disebabkan kedudukan yang hampir dengan pusat graviti pesawat.

10. Lakukan senaman ringkas

Elakkan sakit bahu, pinggang, lutut mahupun kepala dengan melakukan sedikit regangan biarpun anda sedang duduk. Ambillah masa 3 hingga 5 minit setiap 1 jam.