Resipi biskut semperit keju sedap tak henti makan

0
1099

Semperit adalah salah satu biskut yang popular dan sering dihasilkan untuk hari raya. Jom buat resipi semperit keju yang dikongsi oleh Nur Hayati Abdul Rahman ini.

BAHAN
250 gm tepung gandum
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
250 gm mentega
150 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
15 gm keju serbuk parmesan

BAHAN HIASAN
Manik gula
Sedikit keju parmesan

CARA
1.Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila.
2.Masukkan pula ke semua bahan lain dan uli sebati.
3.Ambil acuan dan tekan. Tabur gula hiasan dan serbuk keju parmesan.
4.Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit hingga 20 minit.

Resipi : Nur Hayati Abdul Rahman

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.