Cara buat strawberi choco blast shake yang sedap dan menyegarkan

0
830

Sedapnya strawberi choco blast shake ni. Sedap dan pasti hilang dahaga. Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Cef Amer Hamzah ini. Pasti puas hati!

BAHAN
2 biji strawberi segar – cincang
200ml susu segar perasa strawberi
125gm yogurt buah beri campur
50gm sos coklat
2 skop ais krim vanila
2 sudu besar sirap gula
10 biji kiub ais

SIRAP GULA
100gm gula
50ml air

SOS COKLAT:
30gm coklat gelap
30gm susu

CARA
1.UNTUK SIRAP GULA : Didihkan gula dan air sebentar.
2.UNTUK SOS COKLAT : Cairkan campuran coklat dan susu.
3.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
4.Kemudian kisar selama 30 saat. Tuangkan ke dalam gelas – hiaskan dengan buah strawberi. Hidangkan sejuk

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.