Primeworks Studios & WeTV tayang dua drama terbaik Ramadan

0
568

Penjara Janji dan Kisah Cinta Rumi akan ditayang secara eksklusif di WeTV selepas 1 jam tayangan di TV3.

BERITA baik bagi peminat drama di Malaysia dan Indonesia, penerima anugerah bagi penerbit dan pengedar kandungan tempatan terbesar di Malaysia iaitu Primeworks Studios dan OTT (Over-The-Top) terkenal, WeTV telah menandatangani perjanjian yang bakal melihat dua drama Melayu terkenal di TV3 menerusi aplikasi penstriman video terkenal tersebut.

Kedua-dua drama ini boleh mula ditonton secara eksklusif dalam WeTV dan secara percuma selepas satu jam tayangan di TV3.

Membuka tirai siaran Ramadan kali ini ialah drama Penjara Janji yang mengisahkan tentang penyesalan dan kemaafan.

Drama berkenaan telah mula ditayangkan sejak 12 April dan aakn berakhir pada 5 Mei depan. Slot Samarinda Ramadan yang disiarkan di TV3 pada pukul 10 malam ini turut disiarkan secara percuma satu jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam secara eksklusif dan percuma di WeTV.

Jangan lupa untuk menyediakan tisu atau sapu tangan! Drama lakonan Alif Satar, Fauzi Nawawi, Azira Shafinaz dan Zulin Aziz pastinya menyentuh hati dan perasaan kita semua.

15 episod drama ini mengisahkan tentang Rizan yang bekerja sebagai warden penjara yang mencuba sedaya-upaya untuk melunaskan permintaan terakhir seorang “banduan akhir” di penjara tersebut.

Sementara itu, slot Lestary Ramadan pula akan dihiasi dengan Kisah Cinta Rumi. Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan tentang kisah cinta di antara pasangan yang mempunyai dua status sosial yang berbeza.

Drama ini akan mula disiarkan pada 24 April hingga 14 Mei depan, pukul 9 malam di TV3 dan akan tayangan eksklusif dan percuma pada jam 10 malam di WeTV.