Tip Brides To Be dari Azura Couture

0
23
baju pengantin

Pemilihan busana kahwin adalah antara keperluan wajib dan perlu diambil perhatian oleh bakal raja sehari. Busana yang cantik bukan sahaja memberi keyakinan saat melangkah malah mengundang perhatian tetamu yang bertandang.

Bagi anda yang masih buntu untuk memilih busana yang sesuai, pereka Azura Mazaruddin dari jenama Azura Couture berkongsi tip apa yang perlu dan tidak menjelang hari bahagia nanti.

1. Ketahui bajet dan sesuai peruntukkan untuk busana perkahwinan anda.

2. Sewaktu memilih tema warna, pastikan ia bersesuaian dengan tona warna. Jika bingung dan was-was, pilih sahaja rona putih. Klasik dan tampak evergreen.

3. Pilih pereka busana yang anda percaya. Jangan nanti time baju siap, anda bermasam muka kerana pakaian tidak seperti yang dibincangkan dari awal. Elakkan juga menempah, sewa atau beli baju last minute ya!

4. Jangan terlalu mengikut trend rekaan yang artis pakai atau model majalah gayakan. Pilih busana pengantin yang klasik dan kekal cantik dilihat dalam gambar walaupun beberapa tahun akan datang.

5. Jangan sesekali meminta pandangan ramai orang apabila memilih busana perkahwinan anda. Contohnya apabila anda merancang untuk fitting baju dengan pereka, elakkan membawa mak, ayah, kakak, kawan dan sebagainya untuk memberikan komen. Setiap keputusan soal pakaian seeloknya biarlah pilihan penganting sendiri. Ini kan majlis perkahwinan anda.

6. Kebanyakan pengantin perempuan ada yang memilih pakaian tidak sesuai dengan lokasi. Sebagai contoh gaun meleret 25 meter tetapi majlis outdoor. Ini bukan sahaja menyusahkan anda tetapi family dan tetamu yang hadir. Salah pilih dress juga boleh mengundang gaya anda menjadi tular dan bahan umpatan.

7. Walaupun rambang mata tapi buatlah pilihan bijak. Pilihlah busana yang betul-betul sesuai dengan cita rasa anda. Jangan sesekali mencuba terlalu banyak busana sehingga anda boleh hilang fokus lebih-lebih lagi jika semuanya cantik. Paling maksimum tiga rekaan sahaja.

8. Jangan menggayakan aksesori tambahan seolah-olah anda berada di pentas Ratu Cantik. Seharusnya pilihlah aksesori yang sederhana dan menyerlahkan keanggunan anda menjelang hari istimewa nanti.

9. Ada antara anda yang memilih membeli material sendiri seblum berjumpa dengan pereka. Tidak menjadi masalah. Cuma material yang dipilih itu biarlah benar-benar sesuai dengan bentuk badan. Jika anda berbadan gempal, elakkan material yang memberi ilusi besar seperti satin.