Mencari resipi biskut raya yang menarik? Apa kata cuba resipi biskut almond crispy ini. Cara menyediakannya mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN A
250 gm mentega
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B
230 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko – ayak
100 gm cip coklat
50 gm cip coklat putih
50 gm badam-cincang dan bakar
50 gm nestum

CARA
1.Pertama gaulkan mentega bersama gula sehingga rata kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila dan kacau hingga rata.
2.Gunakan senduk kayu, kacau bahan B perlahan-lahan setelah sebati dan cantik masuk kan adunan tadi ke dalam loyang, buatlah mengikut saiz yang disukai.
3.Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit

Resipi: QySyabizShop Enterprise