rendang itik pucuk maman

Suka makan rendang itik? Kali ini SAJI kongsikan resipi rendang itik pucuk maman yang mudah dan sedap. Sekali rasa pasti nak lagi!

BAHAN
1 ekor itik salai – potong 16
30 tangkai cili padi kampung
4 cm kunyit hidup
5 batang serai – kisar
5 batang serai – titik
1 biji kelapa – buat kerisik
2 kg santan
Pucuk maman secukupnya
Sedikit gula dan garam

CARA
1.Kisar kunyit, cili padi dan serai.
2.Masukkan ke dalam periuk bersama itik, serai yang dititik dan santan. Kemudian masak di atas api yang kecil.
3.Apabila kuah semakin kurang, masukkan kerisik dan kacau lagi. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa, kacau selalu.
4.Apabila semakin kering barulah masukkan pucuk maman yang telah dibersihkan. Setelah sebati, angkat dan hidangkan.

Resipi: Zaida Lily

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.