Gelap bawah mata? Don’t worry, bukan masalah lagi

0
34

Gelap bawah mata atau panda eyes, antara masalah kecantikan yang sering menjadi kebimbangan wanita. Amat penting untuk menjjaga kecantikan apatah lagi di bahagian mata, jika terlebih concealer, tampak bercapuk pula.

Antara yang menjadi punca gelap bawah mata adalah stres, kekurangan tidur, keletihan, alahan terhadap persekitaran dan kosmetik, masalah kulit, pendedahan berlebihan terhadap matahari, faktor usia dan diet tak teratur.

Jangan risau banyak kaedah yang boleh mengurangkan panda eyes, yang penting kena rajin. Jom ikut tip HF.

1. Sweet almond oil

Hanya sapu dan urut pati minyak badam di bahagian yang bermasalah setiap malam sebelum tidur. Ia bertindak memudarkan kesan gelap di bawah mata kerana badam adalah sumber vitamin E yang mampu melembut dan meremajakan kulit. Elak menggunakan bitter almond oil kerana ia hanya sesuai digunakan untuk aromaterapi dan tidak sesuai digunakan untuk kulit atau dimakan.

2. Tomato

Mengandungi lycopene iaitu phytokimia yang berfungsi untuk melindungi kulit dari kerosakan. Campurkan 1 sudu kecil jus tomato bersama 1 sudu kecil jus lemon dan sapu di kawasan yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sejuk. Lakukan dua kali sehari selama dua atau tiga minggu. Jika anda mempunyai kulit sensitif campurkan rose water ke dalam campuran tadi.

3. Green tea bags

Celup tea bag ke dalam air dan sejukkan. Kemudian letakkan tea bag yang telah disejukkan di atas mata dan biarkan selama 15 minit. Lakukan setiap hari sehingga gelap bawah mata beransur hilang.

4. Madu asli

Madu kaya dengan antioksida. Ia berfungsi melembut dan meperbaiki kulit. Hanya sapu nipis di sekitar bawah mata dan biarkan 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan sekali atau dua kali sehari.

5. Kentang

Kentang mengandungi enzim, kanji dan vitamin C yang berupaya memperbaiki kulit sekitar mata dan membantu memudarkan gelap bawah mata. Caranya parut kentang dan ambil jusnya. Celup tisu muka ke dalam jus kentang dan letakkan tisu tersebut di bahagian yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit kemudian cuci wajah dengan air sejuk. Lakukan sekali sehari selama dua atau tiga minggu.

6. Daun pudina

Kaya dengan vitamin C yang sangat efektif untuk merawat masalah gelap bawah mata dan memperbaiki kulit. Ambil beberapa helai daun pudina dan lenyekkan bersama beberapa titis air sehingga menjadi pes. Gunakan pes tadi dan letak di bahagian bawah mata yang bermasalah. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci dengan air sejuk. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Tapi harus diingat jika anda mempunyai alahan, lakukan ujian terlbih dahulu sebelum menggunakannya.

7. Saffron

Sifatnya yang antioksidan dan antikeradangan menjadikan ia bahan yang paling berharga dalam dunia kecantikan. Anda hanya perlu rendam saffron di dalam susu beberapa minit dan kemudian celup tisu muka di dalam bahan rendaman tadi. Sapu pada bahagian yang bermasalah atau ke seluruh muka dan leher. Biarkan selama 10 hingga 20 minit sebelum bilas dengan air sejuk. Buat setiap hari untuk mendapat kesan maksimum.

8. Kunyit

Kunyit sering digunakan dalam produk kecantikan kerana berupaya mencerah dan memudarkan parut. Penggunaan secara berterusan mampu menyerikan kulit kusam dan bermasalah. Campurkan serbuk atau pes kunyit bersama almond oil. Gaul sebati, sapu dan urut di bahagian yang bermasalah beberapa minit dan biarkan sehingga 20 minit sebelum dicuci. Lakukan beberapa kali dalam seminggu.