biskut gajus cornflakes

Bagi yang buntu nak buat biskut raya apa tahun ini, apa kata anda cuba resipi biskut gajus cornflakes oleh Cef Azli Razali ini. Senang dan mudah disediakan.

BAHAN
160 gm tepung superfine
125 gm mentega
50 gm gula kastor
2 biji kuning telur
½ sudu kecil esen vanila
30 gm emping jagung – kisar halus
20 gm kacang gajus – kisar halus
BAHAN HIASAN
Kuning telur
Kacang gajus
Serbuk bijan hitam

CARA
1.Pukul mentega dengan gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.
2.Ayak tepung kemudian campurkan dengan emping jagung.
3.Selepas itu gaulkan semua tepung dalam adunan mentega dan gaul sebati.
4.Canai dan terap doh dengan acuan kesukaan anda.
5.Susunkan atas dulang pembakar dan sapu, kuning telur atas biskut. Hiaskan dengan kacang gajus dan serbuk bijan hitam.
6.Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 10 minit hingga 12 minit.

Resipi : Cef Azli Razali

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.