Langkah genius jimat bajet kahwin zaman Covid-19

0
39

Zaman Covid-19, segala persiapan harus dilaksanakan seminimum mungkin dan inilah masanya melangsungkan ikatan pernikahan dalam suasana yang serba sederhana dan ringkas. Dan dapat menjimatkan bajet kahwin, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

1. Pilihlah untuk berkahwin pada musim selain musim kahwin seperti hujung tahun, musim perayaan atau cuti sekolah kerana pada musim tersebut segalanya akan menjadi mahal.

2. Pilih bajet yang rendah dengan impak yang tinggi. Senaraikan apa yang perlu sahaja dalam perbelanjaan dan tetap dengan bajet yang telah dipersetujui.

3. Upah day-off coordinator berbanding wedding planner kerana upah untuk membayar wedding planner adalah tinggi. Namun harus diingat wedding planner ada kalanya sangat menjimatkan untuk jangka masa panjang kerana vendor seperti pelamin, flower arrangement dan caterer sering memberikan diskaun kepada wedding planner. Malah menjimatkan masa kerana banyak tugas-tugas penting yang mereka mampu lakukan dalam masa pendek.

4. Pilih venue yang mana anda boleh bawa caterer sendiri. Dengan itu anda boleh memilih caterer dengan harga yang berpatutan mengikut bajet anda.

5. Pilih venue yang mempunyai kemudahan khusus untuk majlis perkahwinan seperti meja, kerusi, pelamin dan dekorasi yang berkaitan tanpa perlu mengeluarkan bajet lebih untuk menyewa.

6. Buat dekorasi seringkas yang boleh dengan kos minimum namun memberikan impak yang besar buat pengantin dan tetamu yang datang.

7. Beli pakaian pengantin ready-to-wear mengikut size anda berbanding custom made kerana ianya memakan kos yang tinggi untuk menempah baju pengantin.

8. Pinjam aksesori atau decor item dari kawan-kawan atau saudara mara kerana ia sangat menjimatkan bajet.

9. Buat sendiri kad jemputan atau guna kaedah terkini menerusi Whatsapp, emel dan sebagainya untuk menjemput tetamu.

10. Jadikan majlis anda ‘private & intimate‘ dengan menjemput tetamu yang penting sahaja seperti saudara mara atau teman rapat sahaja. Tentunya lebih bermakna jika anda dapat melayan tetamu dengan lebih rapat kan?

Majlis perkahwinan bukanlah acara untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya gunakan bajet sebijak mungkin. Gunakan kreativiti dan letakkan priority pada tempatnya. Apa yang diingati bukan berapa banyak wang yang anda habis, sebaliknya bagaimana layanan anda pada hari bahagia itu yang akan diingati tetamu.